9 Tips Untuk Survive Jerebu

Bila korang bangun pagi tadi ada bau tak?

Bukan bau pelik-pelik. Tapi, bau terbakar.

Tau kenapa? Sebab musim jerebu dah datang balik!

Selain cuaca yang terlalu panas hingga menyebabkan hutan terbakar, jerebu tahun ni juga berpunca dari pembakaran secara terbuka di Kalimantan, Indonesia.


Ya, terima kasih negara jiran.

Buat masa sekarang, tempat yang paling teruk dilanda jerebu adalah Johan Setia Klang dengan kadar Indeks Pencemaran Udara 116 (TIDAK SIHAT).

Jom Baca 10 Tips Untuk Survive Jerebu kat Malaysia ni

1) Pakai Mask
Bukan pakai sebarang mask, korang juga kena pandai pilih mask yang betul-betul boleh filter udara kotor tu.

(insert photo)
Tahukah korang, mask yang korang biasa beli atas ni sebenarnya hanyalah untuk filter pemakai punya air liur atau hingus daripada tersebar. Udara luar masih boleh dihidu pemakai.

(insert photo)
Mask yang disarankan adalah N95 sebab bentuknya yang betul-betul ketat, jadi pemakai terselamat dari udara luar.

Tapi mask ni sesuai untuk dewasa sahaja ye. Kanak-kanak, warga tua tak disarankan guna mask ni.

2) Minum air secukupnya

Tak perlu teguk air sampai rasa lemas, minum air secukupnya untuk elak daripada dehidrasi saja, lagi-lagi dalam cuaca panas dan kering ni.

Lagi banyak korang minum, lagi banyak korang flush toxin. Kalau dah mula sakit tekak bolehlah minum air madu campur lemon suam untuk bagi sedap tekak sikit.

3) Elakkan keluar rumah

Kalau ada plan nak pergi hiking ke apa, boleh tangguh dulu. Sekarang bukan waktu sesuai untuk buat trip menjelajah Malaysia ya, lagi2 untuk kanak-kanak, wanita mengandung , warga emas dan pesakit Asma.

Sebenarnya banyak sahaja aktiviti sihat yang korang boleh enjoy dengan family dekat rumah. Contohnya zumba, pilates, takpun menari.

4) Elakkan ke bandar

Lagi sekali, kalau boleh tangguhkanlah trip pergi ke bandar-bandar utama, lebih-lebih lagi Kuala Lumpur dan Penang.

Jangan dedahkan diri korang dengan jerebu hanya kerana ada aktiviti sosial. Kecualilah kalau korang kerja dalam bandar ya..nak buat macam mana. (Jangan lupa mask!)

5) Tutup tingkap


Sebelum keluar pergi kerja, jangan lupa tutup semua pintu dan tingkap bilik. Tak best kan balik rumah je rasa berdebu?

Rajin-rajinlah semak Indeks Pencemaran Udara di tempat korang. Kalau dah paras selamat tu boleh lah buka balik supaya udara segar masuk.

6) Kurangkan minum kopi
(insert photo)
Kopi boleh menyebabkan dehydration, lebih-lebih lagi kalau korang minum kopi sahaja tanpa minum air masak.

Waktu berjerebu macam ni body korang perlukan cecair secukupnya dalam badan. Kalau rasa nak minum juga boleh, tapi topup balik lah dengan minum air masak.

7) Pasang Air-Purifier
Sekiranya ada air purifier di rumah, korang bolehlah pasang untuk filter udara kotor, lagi-lagi kalau rumah korang ada bayi atau kanak-kanak.

Tak ada Air-Purifier? Boleh usha sini kalau berminat nak beli. 

8) Cuci tangan dan muka dengan kerap
Bila korang keluar, badan korang akan terdedah dengan toxin dari jerebu.

Jadi, tak perlu segan-segan untuk kerap cuci tangan dan muka korang di luar sana. Kalau boleh masuk rumah je terus mandi untuk cuci kesan toxin tu.

9) Jangan bakar sampah
(insert photo)
Masa ni juga lah tiba-tiba rajin nak bakar daun lah..sampah lahh..rasanya dah cukup kot jiran kita menyumbang, tak perlu tambahkan lagi.

Kurangkan merokok. Selain daripada membahayakan kesihatan, korang juga boleh jadi penyumbang kepada udara kotor ni.

Kepada korang yang ada tips lain untuk hadapi jerebu ni boleh lah share di bawah!

Semak Kadar
 Indeks Pencemaran Udara tempat korang di sini.